Notis Privasi

Notis Privasi

Senari Synergy Sdn. Bhd. ("kami") menghargai dan melindungi data peribadi anda selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) serta Akta Pindaan 2024. Ringkasan ini menerangkan bagaimana kami menguruskan data anda.

Data Yang Dikumpul

Kami mungkin mengumpul data peribadi seperti nama, maklumat perhubungan, pengenalan diri, maklumat pekerjaan dan kewangan, rekod kesihatan/keselamatan, serta data sensitif (diproses hanya dengan persetujuan anda atau seperti yang dibenarkan oleh undang-undang).

Tujuan Penggunaan

Data anda mungkin digunakan untuk tujuan pentadbiran, sumber manusia, gaji, pematuhan, keselamatan, pengurusan risiko, pengurusan hubungan pelanggan, audit, kewajipan undang-undang/peraturan, serta pemasaran/komunikasi (dengan persetujuan anda jika diperlukan).

Pendedahan

Kami mungkin berkongsi data anda dengan anak syarikat, syarikat bersekutu, penyedia perkhidmatan, pengawal selia, institusi kewangan, juruaudit, syarikat insurans, dan pihak ketiga lain seperti yang dikehendaki undang-undang. Sekiranya data dipindahkan ke luar Malaysia, langkah perlindungan sewajarnya akan dilaksanakan.

Keselamatan & Penyimpanan

Kami melaksanakan langkah kawalan fizikal, teknikal, dan organisasi yang ketat untuk melindungi data anda. Data hanya disimpan untuk tempoh yang diperlukan dan akan dilupuskan secara selamat selepas itu (contohnya, melalui pemusnahan atau penghapusan selamat). Sekiranya berlaku pelanggaran data, pihak berkuasa serta individu yang terlibat akan dimaklumkan seperti yang ditetapkan undang-undang.

Hak Anda

Di bawah PDPA, anda mempunyai hak untuk:

  • Mengakses dan membetulkan data anda;
  • Menarik balik persetujuan atau menghadkan pemprosesan;
  • Membantah pemprosesan (contohnya, pemasaran terus);
  • Memohon penghapusan data (Hak Untuk Dilupakan);
  • Memohon keboleh-alihan data (data portability);
  • Membuat aduan kepada kami atau Pesuruhjaya PDPA.

Hubungi Kami

Ketua, CGRM merangkap Pegawai Perlindungan Data (DPO)
Senari Synergy Sdn. Bhd.
No. 20 & 21, Wisma Kafaz,br> Jalan Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Ya’kub
93050 Kuching, Sarawak
📧 dpo@senarisynergygp.com | 📞 082-511800

Dengan memberikan data peribadi anda kepada Senari Synergy Sdn. Bhd., anda memberikan persetujuan untuk pengumpulan, penggunaan dan pendedahan data tersebut selaras dengan Notis Privasi ini.